Top Blogs

Friday, April 12, 2013

Home » » Selamat tinggal cinta!

Selamat tinggal cinta!

SELENA Gomez! Nama yang cukup popular di Hollywood. Bukan saja menerusi karier seninya, bahkan kisah cintanya bersama penyanyi terkenal, Justin Bieber turut menjadi perhatian
.Meskipun hubungan cinta mereka sudah berakhir, namun ia seakan masih 'berhantu' buatnya. Mana tidaknya, sehingga hari ini dia masih belum mampu membuang nama Bieber dari hidupnya.

Setiap kali berdepan dengan media, Gomez sentiasa diasak mengenai bekas kekasihnya itu yang dikatakan masih menaruh hati kepadanya.

Pernah memberi beberapa peluang kepada pelantun Baby itu, bagi Gomez, tiada lagi tempat buat Bieber yang sering berkelakuan curang terhadapnya.

Menurut Gomez, dia tidak akan kembali lagi ke pangkuan Bieber, malah pintu hatinya sudah tertutup rapat.

"Ini keputusan terbaik. Tidak mungkin kami bersama lagi," katanya.

Selain pernah didakwa memiliki anak bersama seorang remaja wanita di California, Bieber juga pernah dikatakan menjalinkan hubungan bersama model pakaian, Barbara Palvin.

Malah kedua-dua kontroversi hebat ini turut menjadi punca keretakan hubungannya dengan Gomez.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...