Top Blogs

Friday, April 12, 2013

Home » » Lelaki curi makan untuk hidup

Lelaki curi makan untuk hidup

 ROME, Maine -
 Seorang lelaki, Christopher Knight yang hidup dalam khemah selama beberapa dekad di dalam hutan
dan melakukan lebih 1,000 perbuatan mencuri untuk mendapatkan makanan akhirnya ditangkap di sebuah kem, kata pihak berkuasa di Amerika Syarikat (AS) kelmarin.
Knight, 47, ditangkap pada 4 April lalu semasa perbuatannya memecah masuk dan mencuri makanan di sebuah kem untuk golongan kurang upaya di sini dirakamkan menerusi sebuah kamera pemantauan.
Lelaki tersebut mengaku kepada polis bahawa dia bertanggungjawab melakukan lebih 1,000 perbuatan mencuri sejak bertahun-tahun lalu.
Bagaimanapun, Knight menyatakan, dia hanya mengambil barang-barang yang diperlukan bagi membolehkannya meneruskan kehidupan.
Seorang anggota polis di negeri Maine, Diane Perkins-Vance berkata, Knight memberitahu, dia tinggal di dalam hutan sejak tahun 1986.
Menurutnya, lelaki tersebut mengaku dia tidak pernah berkomunikasi dengan manusia sejak pertengahan tahun 1990-an.
Knight kini ditahan atas dakwaan mencuri di Penjara Kennebec, Maine dengan ikat jamin sebanyak AS$5,000 (RM15,174), lapor akhbar Portland Herald Press.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...