Top Blogs

Friday, April 12, 2013

Home » » Belasah Ketua Kelas Angkara Bawa Telefon Bimbit

Belasah Ketua Kelas Angkara Bawa Telefon Bimbit

Seberang Jaya: Kejadian tiga pelajar membelasah rakannya dipercayai ketua tingkatan yang ‘hangat’ di laman video sosial, YouTube, sejak beberapa hari lalu dikatakan berpunca dari
pada tindakan mangsa mahu melaporkan tindakan kumpulan terbabit membawa telefon bimbit ke sekolah.
Kumpulan itu dikatakan berang dengan tindakan yang mahu dibuat mangsa sebelum mereka merancang dan membelasah rakan sekelas itu.
Berikutan itu, ketiga-tiga pelajar yang semuanya tingkatan tiga itu menerima padah apabila dibuang sekolah sejak 8 Mac lalu.Tindakan itu diambil selepas pihak pengurusan sekolah berkenaan dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah, menjalankan siasatan terhadap kejadian yang dikatakan berlaku pada 4 Mac lalu sebelum membuat keputusan itu.
Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin mengesahkan ketiga-tiga pelajar itu sudah dibuang sekolah selepas didapati melanggar peraturan sekolah.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...