Top Blogs

Friday, April 19, 2013

Home » » Adik Sendiri Dicabul!!

Adik Sendiri Dicabul!!

cabulGambar Hiasan

Seorang penganggur dihukum penjara 12 bulan dan satu sebatan

selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencabul adik kandungnya

lelaki berusia 22 tahun itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap 10 April lepas.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Erry Shahriman sempat menasihatkan tertuduh supaya menjadi orang berguna yang dapat membantu keluarga.

"Sebagai abang sulung, kamu patut membantu keluarga dan menjaga adik-beradik dengan baik...kamu muda lagi dan adik kamu pun baru berusia 17 tahun dan dia juga ada masa depan.

Saya harap kamu dapat kotakan janji untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama," kata Erry Shahriman.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap gadis berusia 17 tahun 10 bulan dengan niat hendak mencabul kehormatannya di dalam bilik rumah mereka di Salak Selatan, Cheras pada 3 petang, 9 April lepas.

Mengikut fakta kes, semasa mangsa tidur di dalam bilik, tertuduh telah mengetuk pintu dan apabila pintu bilik dibuka, tertuduh terus masuk dan menolak mangsa sehingga terbaring di atas katil sebelum menindih dan mencabulnya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...