Top Blogs

Thursday, March 28, 2013

Home » » Walrus jantan tumpuan di zoo Jerman

Walrus jantan tumpuan di zoo Jerman


HAMBURG - 
Seekor walrus jantan yang bernama Odin menjadi tumpuan di Zoo Hagenback
kerana beratnya dianggarkan mencecah 1,678 kilogram (kg), lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.
Haiwan itu dihantar ke sini dari sebuah zoo di Moscow, Rusia baru-baru ini.
Dua orang penjaga haiwan tersebut turut dibawa bersama bagi membantu walrus itu menghadapi persekitaran yang baharu.
Pengarah Zoo Hagenbeck, Stephen Hering-Hagenbeck turut belajar tentang makanan yang perlu diberikan kepada haiwan tersebut daripada dua penjaga Rusia itu.
Ikan merupakan makanan haiwan itu.
Walrus merupakan haiwan yang hidup di wilayah Artik.
Haiwan jantan walrus boleh mencecah berat lebih 1,700kg.
Bilangan haiwan itu jatuh dengan mendadak pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 kerana ia diburu oleh manusia untuk mendapatkan lemak dan gadingnya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...