Top Blogs

Friday, March 22, 2013

Home » » Tiada Kriteria Calon Isteri Glenn Fredly

Tiada Kriteria Calon Isteri Glenn Fredly

GAGAL mempertahankan rumah tangganya degan Dewi Sandra, penyanyi Glenn Fredly tidak meletakkan kriteria khusus untuk memilih calon isteri.

Jelas Glenn, jika diizinkan berkahwin lagi, dia akan menerima seadanya wanita berkenaan dan berharap rumah tangga itu nanti akan kekal bahagia.
"Saya tidak meletakkan sebarang kriteria khusus kerana saya telah banyak belajar daripada pengalaman terdahulu. Biarlah perasaan itu datang dengan sendiri," katanya.
Menurut Glenn sesuatu hubungan itu sepatutnya dimulakan dengan niat yang baik dan bukan hanya melihat kepada kriteria yang telah ditetapkan.
"Tidak kira kekasih atau sekadar rakan ia perlu dimulakan dengan niat yang jujur kerana daripada situ ia akan membawa kepada kebaikan," ujarnya.
Glenn bagaimanapun memberitahu buat masa ini soal perkahwinan tidak menjadi keutamaannya kerana dia tidak mahu terburu-buru mencari pengganti.
"Setakat ini saya belum mempunyai pengganti dan tidak terlalu tersedak untuk menamatkan zaman duda,
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...