Top Blogs

Tuesday, March 26, 2013

Home » » Lagu Baharu Avril Lavigne

Lagu Baharu Avril Lavigne

SETELAH hampir dua tahun tidak membuat lagu baru, penyanyi Avril Lavigne kini sudah bersedia dengan lagu terbaharunya
berjudul Here's to Never Growing Up.
Melalui akaun Twitter miliknya, penyanyi lagu Girlfriend ini sibuk bercerita tentang lagu tersebut. Dia turut membuka peluang kepada peminatnya untuk menyanyikan lagu terbaharu itu dengan memuat turun ke akaun Facebook miliknya.
"Ini ‘single’ terbaharu saya dan peluang anda untuk menyanyikan lagu ini dengan lirik yang saya kirim pada video tersebut," tulisnya.
Single Here's to Never Growing Up akan dilancarkan secara rasmi pada 9 April depan. Tunang Avril iaitu Chad Kroeger dilaporkan turut membantu dalam penghasilan lirik lagu itu.
Penyanyi berumur 28 tahun ini kali terakhir melancarkan album pada 2011 melalui lagu Goodbye Lullaby. Sepanjang kerjaya sebagai penyanyi, Avril telah mengeluarkan empat buah album.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...