Top Blogs

Thursday, March 14, 2013

Home » » Elak Sikap Buruk Jaja Kisah Cinta - Farahdhiya

Elak Sikap Buruk Jaja Kisah Cinta - Farahdhiya

farahdhiya

Pelakon dan penyanyi Farahdhiya tidak sesekali menjaja kisah cintanya

kepada umum kerana perbuatan itu sedikit-sebanyak akan memperlihatkan sikap buruk seseorang wanita.

Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohamed Amin, 29 berkata, seseorang wanita perlu mempunyai perasaan malu untuk bercakap mengenai lelaki yang dicintainya.

“Wanita kena ada rasa malu. Ini tidak... sikit-sikit, ‘I sayang boy friend I.’ Sebenarnya tak boleh macam tu.

"Wanita kena ingat, kita bukannya nak pinang lelaki tetapi kaum itu yang akan meminang kita,” katanya kepada mStar Online ketika ditanya siapakah teman lelakinya ketika ini.

Penyanyi lagu Bertakhta Di Hati Ini menjelaskan, sudah menjadi prinsipnya untuk tidak berkongsi soal kekasih kepada umum kerana individu yang dikenalinya belum tentu akan mengakhiri hubungan itu sehingga ke jenjang pelamin.

Tambah dia lagi, sekiranya sudah bertemu dengan individu yang sesuai dan kedua-dua pihak memutuskan untuk berumah tangga, barulah dia bersedia untuk menghebahkan perkara tersebut.

“Selagi belum nak kahwin, selama itulah saya akan menyimpan rahsia dengan siapa saya berkawan kerana saya memegang teguh kepada prinsip, perempuan tidak boleh jaja cinta mereka,”

Artis

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...