Top Blogs

Thursday, July 26, 2012

Home » , » Polis buru ketua kumpulan curi kereta 'Hassan Budu

Polis buru ketua kumpulan curi kereta 'Hassan Budu

ne_09.1
KUALA TERENGGANU -
Polis kini memburu seorang lelaki yang disyaki ketua kumpulan curi kereta yang aktif di empat negeri  Terengganu, Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang  sejak empat bulan lepas……
Ketua kumpulan yang diburu itu ialah Samsul Bahri Awang Noh, 39, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Hassan Budu' dan baru dibebaskan dari Pusat Pemulihan Akhlak, Kelantan April lepas.
"Lelaki yang berasal dari Jertih, Terengganu dan mempunyai 15 rekod jenayahmembabitkan curi kenderaan itu dipercayai kembali aktif selepas dibebaskan.
Polis juga sedang mengenalpasti anggota kumpulan yang lain," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan.
Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata polis mengenalpasti ketua dan anggota kumpulan itu berikutan tangkapan seorang pemandu lori kelapa sawit yang disyaki anggota kumpulan itu pada 23 Julai lepas.
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Felda Neram 2, Kemaman dan hasil siasatan terhadap lelaki terbabit, polis menemui dua kenderaan yang dicuri berhampiran rumah berkenaan, katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Hassan Budu itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sementara itu dalam kes lain, polis telah mengenalpasti suspek yang terlibat dalam kejadian samun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jerteh semalam dan kini melancarkan gerakan memburu anggota kumpulan itu.
Manoharan berkata polis percaya kumpulan yang dianggota rakyat tempatan itu aktif melakukan samun bersenjatakan kelewang di sekitar Besut dan Kelantan.
"Sehubungan itu, kami kini bekerjasama dengan polis Kelantan bagi memberkas suspek yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian samun kedai serbaneka di Kelantan baru-baru ini," katanya.
Dalam kejadian pada pukul 3.15 pagi semalam, tiga lelaki bersenjatakan kelewang menyamun sebuah kedai sebaneka 24 jam di Jerteh, Besut dan melarikan wang tunai serta barangan bernilai RM3,000.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...