Penyanyi Atilia Harun menganggap penerimaan masyarakat Indonesia terhadapnya selepas
pelancaran album Indah pada 3 Mac lalu di Indonesia kerana dikaitkan dengan penyanyi tersohor, Datuk Sheila Majid.
Atilia atau nama sebenar Raja Putri Atilia Raja Harun ini berkata,
melalui beberapa artikel berita dan previu album yang dibuat oleh media
Indonesia, mereka memanggilnya sebagai Sheila Majid kedua
"Alhamdulillah selepas pelancaran itu banyak maklum balas yang
positif, banyak juga artikel daripada media Indonesia yang beri komen
positif terhadap album Indah.
"Mereka suka kerana genre jaz yang saya tampilkan selain saya turut
disamakan dengan Sheila Majid yang sememangnya tidak asing lagi di
negara itu," katanya ketika ditemui di sidang media pelancaran jenama
Baajookoo, di sini, Khamis.
Jelas Atilia, lagu duet bersama kumpulan Sore berjudul Silly Little Thing mendapat tempat di carta-carta radio di negara jiran itu.
Malah katanya, dia mendapat beberapa undangan nyanyian termasuklah bersama artis Indonesia Andien pada 4 April depan.
"Kalau di Malaysia genre jaz agak kurang diterima, di radio pun
jarang sekali kita dengar tetapi orang Indonesia memang menggemari irama
seperti itu," katanya.
Sebelum itu, Atilia turut berpeluang mengadakan persembahan di
Festival Antarabangsa Java Jazz 2013 yang berlangsung pada 1 hingga 3
Mac lalu.
Katanya, dia berazam untuk membuka jalan
Sumber
No comments:
Post a Comment