Top Blogs

Friday, March 29, 2013

Home » » Ainul Tolak tawaran berlakon Demi Biskut

Ainul Tolak tawaran berlakon Demi Biskut

Pelakon Ainul Aishah mengakui langkahnya mempelajari resipi membuat biskut menerusi laman YouTube memberi pulangan menggalakkan apabila
beberapa jenis biskut yang dijualnya mendapat sambutan luar biasa. Kata Ainul, 28, disebabkan perkara itu dia terpaksa menggaji seorang pembantu kerana perlu memenuhi permintaan dan tempahan daripada orang ramai.
“Pada mulanya saya buat biskut untuk suka-suka sahaja dengan mempelajarinya di YouTobe dan tidak sangka pula apabila saya jual, ia mendapat sambutan yang menggalakkan sekali.
“Biskut-biskut itu saya jual dengan cara meletakkannya di bazar-bazar tertentu serta kedai runcit sekitar Bangi (Selangor) serta di Rasta, Taman Tun Dr Ismail (Kuala Lumour),” ujarnya yang menamakan biskut-biskutnya Ainul A Cookies.
Selain perniagaan berkenaan, Ainul juga menolong keluarganya membuka cawangan Tutty Fruity di Bangi, dekat sini dan Nilai, Negeri Sembilan.
Sehubungan itu tambah pelakon drama Begitulah Cinta ini, dia merancang untuk membuka sebuah kafe tidak lama lagi bagi mengembangkan perniagaan tersebut.
Jelas Ainul, disebabkan ingin memberi fokus terhadap dunia perniagaan membuatkan dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon terutamanya drama bersiri
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...