Top Blogs

Monday, March 25, 2013

Home » » 78 pengantin dikahwinkan sarentak

78 pengantin dikahwinkan sarentak

BRASILIA - Seramai 78 pasangan pengantin telah mengambil bahagian dalam satu majlis perkahwinan beramai-ramai di Muzium Republik Brazil kelmarin.

Majlis perkahwinan itu merupakan sebahagian daripada projek Alma Gemea edisi kelima yang ditaja oleh Jabatan Keadilan, Hak Asasi Manusia dan kewarganegaraan Persekutuan Brazil.
Dianjurkan oleh badan Sekretariat Hak Asasi Manusia Brazil, ia berlangsung di sebuah auditorium di muzium berkenaan kelmarin.
Kebanyakan pasangan pengantin yang mendaftar terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sangat berharap dapat dipilih untuk menyertai acara tahunan tersebut.
Pasangan pengantin yang terpilih berpeluang mendapat perkhidmatan urutan badan, dandanan rambut dan solekan percuma.
Sebelum majlis berlangsung, pasangan pengantin merakam gambar kenangan di luar perkarangan muzium. -

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...