Top Blogs

Saturday, February 23, 2013

Home » » Kes Fizz Fairuz Pinang Isteri Orang, Semua Wajib Hormat Mahkamah

Kes Fizz Fairuz Pinang Isteri Orang, Semua Wajib Hormat Mahkamah



PETALING JAYA:
 Setiap individu beragama Islam negara ini yang berkahwin di luar negara adalah wajib menghormati undang-undang syariah iaitu perlu mendaftarkan pernikahan dalam tempoh enam bulan dari tarikh pernikahan mereka
.Perunding keluarga Islam dan Syariah, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berkata, mereka yang gagal berbuat demikian dikira melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan termasuk denda mengikut peraturan keluarga Islam yang diamalkan di setiap negeri.
"Bagi pasangan yang telah berkahwin di luar negara, mereka diberi tempoh masa selama enam bulan untuk mendaftar perkahwinan di mahkamah syariah.
"Sekiranya ia melebihi setahun daripada tarikh perkahwinan, tindakan yang dikenakan akan menjadi berganda.
"Lebih teruk lagi apabila jika lelaki yang ingin berpoligami tidak mendapat kebenaran mahkamah," katanya kepada mStar Online pada Jumaat.
Beliau diminta mengulas konflik tiga pihak melibatkan pelakon Fizz Fairuz yang dikatakan telah meminang seorang wanita bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, berstatus isteri orang.
Dalam kejadian itu akhbar melaporkan suami Azlyn yang dikenali sebagai Ramli mendakwa telah menikahi wanita itu (sebagai isteri kedua) pada 9 Mac tahun lalu di selatan Thailand dan hanya menjalani kehidupan sebagai suami isteri selama tiga bulan sebelum wanita tersebut jatuh sakit dan menetap bersama keluarganya.
Mohd Zaidi Mohd Zain
Ramli tidak mendaftarkan perkahwinanya di mahkamah syariah sementara Fizz Fairuz pula menyangka wanita itu masih bujang.
Zaidi berkata tindakan Ramli yang ingin membuktikan perkahwinannya dengan wanita itu melalui surat nikah sahaja tidak wajar sebalik dia perlu berusaha mendaftarkan terlebih dahulu pernikahannya termasuklah melaporkan kepada mahkamah syariah sekiranya wujud lafaz cerai agar masalah ini tidak terus bertambah sulit.
Jika berlaku perceraian katanya, barulah Fizz Fairuz boleh meminang wanita berkenaan untuk dijadikan isteri apabila tamat tempoh edah.
"Nasib baik lelaki itu (Ramli) membongkar rahsia isterinya itu. Bayangkan sekiranya Fizz berkahwin dengan Azlyn, perkara ini akan menjadi lebih rumit.
"Apa-apa pun Ramli perlu merujuk kembali kepada pihak mahkamah untuk perjelaskan status masing-masing,

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...