Top Blogs

Saturday, February 23, 2013

Home » » Kecil Hati Punca Aeril Zafrel Tinggalkan MIG

Kecil Hati Punca Aeril Zafrel Tinggalkan MIG


PETALING JAYA: 
Pelakon muda Aeril Zafrel tidak lagi bernaung di bawah syarikat pengurusan MIG selepas dia mengambil keputusan untuk berdikari sejak awal tahun ini
.Menurut Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 25, keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan beberapa perkara yang disifatkannya sangat peribadi.
Selain merasakan dirinya diaibkan dengan pelbagai tohmahan dan ‘cakap-cakap belakang’, dia juga berkecil hati dan tidak menyenangi ‘budaya’ kerja yang diamalkan syarikat tersebut.
“Banyak perkara yang berlaku menyebabkan saya kurang gembira dan berkecil hati. Budaya dan politik kotor segelintir staf banyak telah mempengaruhi keputusan David Teo (Ketua Pegawai Eksekutif MIG) yang sangat saya hormati.
“Bahkan saya juga tidak senang apabila urusan peribadi dicampuri dan dikawal sehingga saya berasa seperti anak kecil walhal ia tidak menjejaskan prestasi dan komitmen saya pada kerja,” katanya ketika dihubungi mStar Online, petang Jumaat.
Aeril berkata, dia mengambil keputusan untuk keluar dari MIG selepas mendapat keputusan dan kebenaran secara lisan daripada David Teo sendiri

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...