Top Blogs

Tuesday, November 27, 2012

Home » Mati tersepit ketika kutip cendawan

Mati tersepit ketika kutip cendawan

image

PASIR PUTEH -

Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan tersepit dengan sebatang pokok kayu yang sudah lama ditebang berhampiran rumahnya di Kampung Chengal Pulas, Telosan , semalam

Mangsa, Sa’audah Abdullah, 96, yang tinggal bersendirian dikatakan keluar untuk mengutip cendawan yang lebih dikenali kulat sisir jam 8.30 pagi.
Mangsa ditemui saudaranya dalam keadaan kaku kira-kira jam 9.30 pagi, akibat ditimpa batang pokok yang tergelincir daripada tunggul.
Penduduk, Azhari Abdullah, 56, berkata, batang pokok itu menghempap bahagian pinggang mangsa yang menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Azhari berkata, dia menemui kerusi plastik dan jag berisi kulat sisir berhampiran mangsa.
“Mangsa mungkin tergelincir daripada kerusi ketika mahu mengutip kulat sisir, dan berpaut pada batang pokok yang susah lama ditebang tetapi masih berada di atas tunggul.
“Batang pokok itu kemudiannya menghempap mangsa yang menyebabkan mangsa tersepit pada sebahagian lagi batang pokok tersebut,” katanya sambil memberitahu penduduk kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada polis.
Katanya, Sa’audah memang gemar mencari kulat sisir, walaupun terpaksa berjalan ke pinggir hutan untuk membawa pulang dan memasaknya.

“Hari ini dia tidak perlu ke pinggir hutan kerana kulat berhampiran rumahnya sudah boleh dikutip dan dia menemui ajalnya di sini,” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh untuk dibedah siasat.

Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...