Top Blogs

Wednesday, November 28, 2012

Home » » 10 tahun hidup guna air tercemar

10 tahun hidup guna air tercemar

ne_10.1

KOTA BHARU –

Penduduk di Kampung Buloh Poh di sini terpaksa berdepan dengan masalah air kotor dan berbau ekoran ketiadaan sistem perparitan yang gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa sejak 10 tahun lalu.

Ekoran masalah itu, aliran air dari bukit berhampiran kampung itu bertakung dan menyerap ke dalam perigi yang digunakan penduduk sebagai sumber air dalam keperluan harian mereka.

Menurut seorang penduduk, Sabariah Mat Nor, 66, masalah itu berlarutan sejak 10 tahun lalu dan kualiti air menjadi semakin teruk setiap kali musim hujan.

“Saya sekeluarga menggunakan air daripada perigi yang digali sendiri kerana air paip yang disediakan oleh kerajaan negeri tidak boleh digunakan kerana tekanannya rendah.

“Malangnya, air yang disedut daripada perigi berbau busuk dan langsung tidak boleh digunakan. Malah, jika terkena pada kulit, badan akan menjadi gatal-gatal,” katanya ketika ditemui semalam.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati air yang digunakan penduduk itu berwarna kekuningan dan berbau busuk seperti air longkang.

Menurut Sabariah, dia terpaksa menumpang di rumah jirannya untuk mandi dan mengambil air sembahyang kerana air di rumahnya tercemar .

Dia sekeluarga juga terpaksa membeli air bersih sebanyak 10 botol sehari untuk

kegunaan memasak dan minum.
Kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...