KOTA BHARU
- “Semasa keluar untuk ke kelas tambahan, anak saya nampak
seperti tergesa-gesa, namun kegelisahan saya menunggu kepulangannya di
rumah terjawab, apabila menerima berita dia terlibat dalam kemalangan..
,”
kata ibu mangsa kemalangan, Siti Subanu Deraman, 36.Menurutnya, sebelum ini anak sulungnya itu, Mohd Alif Zubair, 15, sering menaiki motosikal milik datuknya yang digunakan untuk berulang-alik ke sekolah, namun nasibnya tidak baik pada hari itu apabila motosikal ditungganginya merempuh sebuah kereta,” katanya.
Dalam kemalangan kira-kira jam 5.30 petang kelmarin, Mohd Alif yang dipercayai dalam perjalanan balik ke rumahnya gagal mengelak sebuah kereta yang membuat pusingan U di simpang jalan Kem Kijang di sini.
Akibat kejadian itu, motosikal mangsa terbabas, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan.
Menurut saksi kejadian. Ab Hadi Derahman, 59, motosikal yang dinaiki mangsa dari arah Badang ke Kem Kijang, manakala kereta dari arah yang sama melakukan pusingan U.
“Saya terkejut bila mendengar bunyi hon motosikal yang nyaring dan dentuman yang kuat.
“Apabila keluar dari kedai runcit, saya lihat seorang remaja terbaring di samping kereta yang dilanggarnya,”
Sumber : Sinar
No comments:
Post a Comment