Top Blogs

Monday, October 1, 2012

Home » » Pokok air sekat rezeki nelayan

Pokok air sekat rezeki nelayan

image (3)

SEBERANG PERAI -

Sejak dua hari lalu pendapatan 500 nelayan sekitar daerah ini terjejas kerana tidak dapat turun ke laut berikutan kawasan jeti baru yang menjadi tempat menambat perahu mereka dipenuhi pokok keladi bunting….

Pokok yang banyak itu bukan sahaja menghalang laluan keluar masuk perahu nelayan terbabit, malah turut mendatangkan masalah dari segi kebersihan kawasan berkenaan.
Nelayan, Zulkifli Hussin, 50, berkata, pokok keladi bunting itu mula memenuhi kawasan berkenaan petang Khamis lalu hingga menyukarkan mereka turun ke laut seperti biasa.
“Pokok ini bukan seperti sampah sarap lain yang mudah dihanyutkan arus kerana ia  hidup, berat dan mengandungi air.
“Tambahan lagi dengan kuantiti yang banyak ia menghalang laluan perahu dan berupaya merosakkan kipas injin sangkut berkuasa rendah yang digunakan,” katanya.
Bagi Ghani Yusuf, 58, yang menjadi nelayan lebih 40 tahun, kehadiran pokok  keladi bunting itu tidak pernah berlaku di kawasan menambat perahu mereka sebelum ini.
“Biasanya pokok ini ini akan dihanyutkan arus, tetapi dua hari lalu ianya dikesan memenuhi jeti baru itu hingga mendatangkan masalah kepada kami.
“Mungkin kedudukan jeti ini yang terlalu jauh ke tengah sungai menyebabkan laluan tersekat dan kedudukan bot yang ditambat melintang juga memudahkan pokok keladi bunting itu terperangkap,” katanya.
Ibrahim Salim, 65, berkata, pihaknya sebelum ini sudah memaklumkan kepada Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Muda dan Jabatan Parit dan Saliran (JPS) agar jeti itu dibina berhampiran tebing bagi memudahkan aliran air sama ada ketika pasang atau surut.
“Kita percaya pokok ini dilepaskan dari pintu empangan air di Bumbung Lima, kerana hujan sejak beberapa hari lalu di hulu sungai membuatkan empangan berkenaan dipenuhi air dan bagi mengelak sebarang kemungkinan pokok itu dihanyutkan ke laut,” katanya. Tinjauan Sinar Harian semalam ke jeti terbabit mendapati nelayan sibuk mengalihkan pokok berkenaan bagi memberi laluan kepada perahu mereka keluar masuk.

Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...