KUALA LUMPUR –
Kira-kira 40 peniaga di Kawasan Perindustrian Taman
City, Segambut di sini terpaksa menjalankan perniagaan menerusi
celah-celah jeriji kedai demi keselamatan nyawa mereka...
Mereka yang merupakan peniaga alat ganti kenderaan di Jalan
Selingsing di sini terpaksa berbuat demikian berikutan peningkatan kes
jenayah samun bersenjata di kawasan itu sejak dua bulan lalu yang
adakalanya sampai empat kes dalam sehari.
Tinjauan Kosmo! mendapati setiap peniaga berada dalam keadaan
berwaspada dan akan melihat ke luar pintu kaca dan jeriji premis
perniagaan setiap kali mereka ternampak kelibat orang yang lalu di
hadapan kedai mereka.
Seorang pemilik kedai yang hanya mahu dikenali sebagai Lau, 40,
berkata, dia kini terpaksa menjalankan perniagaan dengan mengunci pintu
jeriji kerana masih trauma dengan kejadian disamun pada 26 Jun lalu.
“Kedai saya diserang tiga lelaki yang bersenjatakan parang kira-kira
pukul 5.30 petang dua bulan lalu ketika saya hendak menutup kedai.
“Mereka langsung tidak takut walaupun kegiatan jenayah itu dilakukan
pada siang hari malah mereka menyamun tiga buah lagi kedai lain selepas
berjaya melarikan RM6,000 dari kedai saya,” katanya ketika ditemui
Kosmo! di sini semalam.
Jelasnya, keadaan jenayah di kawasan itu sangat teruk berbanding dua tahun lalu.
“Jika sebelum ini hanya jenayah ragut dilaporkan berlaku namun kini penjenayah berani menyamun premis perniagaan,” ujarnya.
Menurutnya, bukan sahaja golongan peniaga, malah pekerja di kawasan
tersebut turut disamun dan diragut ketika mereka pergi dan pulang
daripada bekerja.
“Perniagaan saya terjejas teruk apabila saya nekad berniaga dengan
keadaan pintu kedai berkunci bagi mengelakkan disamun buat kali kedua.
“Jumlah pelanggan pula semakin kurang kerana siapa yang mahu membeli
barang dari kedai yang berkunci kerana mereka perlu memilih dan melihat
barangan yang diperlukan,” ujarnya.
Beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang yang
terletak kira-kira 4.1 kilometer dari taman itu pada hari kejadian.
Seorang lagi peniaga alat ganti jentera berat, Ng Chee Heng, 40,
berkata, dia terpaksa berniaga dengan mengunci pintu kaca kedainya demi
keselamatan.
Sumber : kosmo
No comments:
Post a Comment