Top Blogs

Thursday, August 30, 2012

Home » » Lebih 50 penduduk Tibet bakar diri

Lebih 50 penduduk Tibet bakar diri

 
BEIJING 28 Ogos -
 Jumlah penduduk Tibet yang membakar diri sebagai bantahan terhadap pentadbiran China di tanah air mereka meningkat lebih 50 orang, kata satu kumpulan hak asasi,...

Yang terbaru membabitkan dua remaja Tibet yang bertindak membakar diri mereka sehingga mati dalam kejadian di barat daya negara ini.
Mereka ialah sami berusia 18 tahun dan seorang lagi bekas sami berusia 17 tahun, selepas membakar diri mereka di luar kuil di Ngaba dekat wilayah Sichuan yang mempunyai ramai penduduk Tibet.
Kumpulan Free Tibet yang berpangkalan di London dalam satu kenyataan semalam berkata, bantahan penduduk Tibet bermula sejak 2009 membabitkan 51 kes membakar diri mula dilaporkan.
Kumpulan hak asasi mendakwa sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah penduduk yang membakar diri itu terkorban dan selebihnya ditahan pihak berkuasa selepas melakukan demonstrasi yang diikuti dengan membakar diri.
''Free Tibet bimbang dengan keadaan kesihatan ratusan penduduk Tibet yang kini ditahan ekoran bantahan itu,'' kata Pengarahnya, Stephanie Brigden.
Usaha untuk menghubungi pegawai kerajaan di Ngaba yang juga dikenali di China sebagai Aba tidak berjaya. - REUTERS

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
tha