KUALA LUMPUR –
Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA menasihati
pemilik restoran di ibu negara supaya berhati-hati jika didatangi oleh
mana-mana individu yang mengaku sebagai wartawan dan jurugambar media
cetak.....
Ketuanya, Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya mendapat laporan
terdapat dua lelaki yang giat menipu pengusaha restoran di sekitar
Lembah Klang sejak kebelakangan ini dengan menyamar sebagai petugas
media.
“Lelaki dikenali sebagai Jonathan dan Edmund ini memaklumkan
pengusaha restoran bahawa premis mereka dipilih sebagai restoran terbaik
di Malaysia oleh syarikat penerbitan.
“Mangsa diyakinkan bakal menerima Anugerah Restoran Terbaik Malaysia
tetapi perlu bayar wang sehingga beribu ringgit kononnya untuk tujuan
pengiklanan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.
Michael berkata, Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA menerima
sebanyak 10 aduan kes seperti itu membabitkan kerugian lebih RM30,000
sejak beberapa bulan lalu.
Sumber : Kosmo
No comments:
Post a Comment