KUALA LUMPUR -
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
mengajak rakyat dan umat Islam di negara ini untuk memastikan negara ini
kekal aman dan selamat serta menginsafi bahawa kesejahteraan dan
keselamatan yang dinikmati hari ini "bukanlah datang secara bergolek.....
.Dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri beliau, Najib berkata, kerajaan
menyedari bahawa sebuah Malaysia maju perlulah juga sebuah Malaysia yang
selamat dan sejahtera.
"Kita mahukan sebuah Malaysia yang aman daripada ancaman luar dan
dalaman, di mana kawasan kejiranan dan jalan-jalannya bebas daripada
jenayah.
"Sebuah negara di mana rakyatnya merasa aman dan selamat.
Kesimpulannya, sebuah negara yang terbaik untuk membesarkan anak-anak
Malaysia," katanya.
Bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan, Perdana Menteri
berkata, ia memerlukan pendekatan yang bersepadu serta rakyat Malaysia
yang lebih prihatin dan peduli kepada keluarga, jiran-jiran, rakan-rakan
dan kepada rakyat Malaysia seluruhnya.
"Kita tidak boleh menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab memerangi
jenayah kepada pihak berkuasa tanpa sumbangan kita sebagai rakyat yang
prihatin.
"Jika kita membiarkan jenayah berlaku tanpa tindakan, kita sebenarnya
akan hanya menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan bersama,"
Sumber : Kosmo
No comments:
Post a Comment