Top Blogs

Monday, August 20, 2012

Home » , » Penduduk kampung terpencil di Kuala Krai menanti 60 tahun untuk dapat bekalan elektrik Seronok disinari cahaya Syawal

Penduduk kampung terpencil di Kuala Krai menanti 60 tahun untuk dapat bekalan elektrik Seronok disinari cahaya Syawal

 
KUALA KRAI – 
Suasana sambutan Aidilfitri pada tahun ini pasti paling menyeronokkan bagi penduduk Kampung Keluat di sini memandangkan inilah kali pertama mereka menyambutnya dengan rumah masing-masing diterangi lampu elektrik......

Ia sekali gus menamatkan penantian penduduk di situ yang sejak sebelum merdeka hidup diterangi lilin dan pelita minyak tanah sahaja.
Bagi Zaiton Abdul Razak, 46, keseronokan menyambut Aidilfitri amat dirasai oleh ahli keluarganya sejak adanya bekalan elektrik itu.
“Anak-anak tak sabar-sabar minta beli lampu kelip-kelip untuk dipasang di luar rumah. Semalam (kelmarin) saya beli dan terus pasang. Sukanya hati. Selama ini kami hanya tengok rumah orang di kampung lain pasang lampu kelip-kelip,” katanya.
Selama bertahun-tahun hari raya penduduk Kampung Keluat cuma ditemani cahaya pelita sehinggakan kadangkala muka mereka jadi hitam akibat terkena jelaga pelita.
Zaiton adalah antara penghuni 12 buah rumah di kampung tersebut yang baru menikmati bekalan tenaga elektrik bulan lepas.
Penyaluran bekalan elektrik itu dilaksanakan melalui program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM964,000.
Kampung Keluat tidak mendapat bekalan elektrik sejak 60 tahun lalu disebabkan halangan fizikal kerana ia dipisahkan oleh Sungai Kelantan daripada perkampungan lain.
Keadaan itu menyebabkan kos menyalurkan bekalan elektrik ke kampung tersebut terlalu tinggi.
Sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...