Top Blogs

Saturday, August 4, 2012

Home » , » Suami isteri rentung sebelum sahur

Suami isteri rentung sebelum sahur

ne_07.1

JELEBU

Hasrat suami isteri warga emas untuk bersahur tidak kesampaian apabila pasangan tersebut ditemui rentung dalam rumah mereka yang terbakar di Felda Pasoh Satu ………..

Dalam kejadian pada pukul 4.15 pagi itu, dua mangsa yang terkorban ialah Zahari Hassan, 77, dan isterinya, Mariam Abd. Latif, 67. Mayat pasangan itu ditemui di ruang tamu rumah.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Ahmad Nizam Sapaiee berkata, dua jentera bomba bersama 18 anggota dikejar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.39 pagi.

“Pasukan bomba yang tiba ke lokasi kejadian tujuh minit kemudian mendapati hampir 80 peratus rumah tersebut sudah hangus.

“Bomba kemudian mengambil masa sejam untuk memadamkan kebakaran,” kata beliau di sini.

Menurut beliau, setakat ini punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, seorang anak pasangan itu, Ruzilawati, 38, berkata, ibunya ada menghubungi telefon bimbitnya pada pukul 4.10 pagi namun dia tidak menyedari kerana sibuk di dapur.

“Beberapa minit kemudian saya cuba menghubungi ibu semula tetapi selepas beberapa kali mencuba panggilan saya tidak dijawab menyebabkan saya gelisah,” kata wanita itu yang tinggal di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...