Top Blogs

Sunday, August 5, 2012

Home » » Ke tali gantung

Ke tali gantung

image (7)

SHAH ALAM

Seorang lelaki warganegara Iran dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah mengedar dadah……..

jenis metamfetamin seberat 2,849 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dua tahun lalu.
Hakim Noor Azian Shaari membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan pertuduhan ke atas Seyedalireza Seyedhedayatolla Ehteshamiardestani, 30, melampaui keraguan munasabah.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 4.30 petang pada 24 September 2010, dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Dalam penghakimannya, Noor Azian berkata, tertuduh ditahan dengan sebuah beg beroda di KLIA, dan dalam pembelaannya tertuduh memberitahu bahawa beg berkenaan milik seorang bernama Alizadeh yang ditemuinya di Doha, Qatar sebelum berlepas ke Malaysia.
Beliau berkata, Seyedalireza dalam pembelaannya juga memberitahu bahawa Alizadeh memintanya untuk mendaftar masuk beg itu.
“Bagaimana tertuduh hanya ikut arahan Ali, seorang yang dia baru jumpa? Ternyata pembelaan tertuduh adalah rekaan dan penafian semata-mata.
“Tertuduh was caught red-handed (ditangkap dengan bukti kesalahan masih di tangan) dan pendakwaan berjaya membuktikan semua elemen melampaui keraguan munasabah. Justeru, tertuduh didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati,”

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...