Top Blogs

Tuesday, August 21, 2012

Home » » Penggali kubur kerjaya mulia

Penggali kubur kerjaya mulia


Penggali kubur kerjaya mulia
Tugas membersihkan dan memperindahkan kawasan perkuburan menjadi sebahagian rutin harian penggali kubur.
Penggali kubur kerjaya mulia
Walaupun dikelilingi batu nisan, tidak timbul rasa takut melakukan tugas diamanahkan.
Penggali kubur kerjaya mulia
Kawasan Tanah Perkuburan Makam Haji Said di Sikamat.
SEREMBAN – Bekerja sebagai penggali kubur mungkin bukanlah pilihan kerjaya bagi setiap orang kerana sering dikaitkan dengan suasana seram dan misteri.......
Siapalah berani berkhidmat di tanah perkuburan yang hanya dihuni orang yang sudah meninggal dunia.

Meskipun tugas penggali kubur dianggap mulia, namun tugas berat ini masih belum mampu menarik minat golongan muda menceburinya.

Kebiasaannya, hanya golongan tua sahaja yang sering dikaitkan dengan kerjaya penggali kubur, tetapi tidak bagi Mohd Herman Omar, 29, yang menganggap tugas berkenaan lebih sesuai dilakukan generasi muda.

Mohd Herman yang telah lima tahun berkhidmat di Tanah Perkuburan Islam Makam Haji Said, Sikamat, di sini, berkata, sudah tiba masanya masyarakat harus mengubah persepsi terhadap kerjaya penggali kubur.

“Kita perlu ubah tanggapan ini kerana kerja penggali kubur lebih afdal dilakukan golongan muda. Sekiranya mereka mengalami masalah kesihatan dan uzur kelak, siapa yang akan menguruskan tanah perkuburan jika tiada golongan muda yang berminat dalam kerjaya ini,” katanya.

Selalu teman ayah bersih tanah perkuburan

Menceritakan detik minatnya menjadi penggali kubur, Mohd Herman berkata, semuanya bermula ketika dia menemani ayahnya yang juga penggali kubur membersihkan tanah perkuburan.

“Sejak zaman sekolah lagi saya sering menemani ayah ke kubur dan dari situ timbul minat untuk bekerja sebagai penggali kubur.

“Apabila ada kekosongan, saya terus mencuba nasib dan permohonan saya berjaya apabila mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Seremban (MPS) untuk bekerja sebagai penggali kubur,” katanya.

Menurutnya, pada awal penglibatan, ramai rakan yang hairan dan sering bertanya bagaimana dia minat bekerja dengan orang yang telah meninggal dunia, lebih-lebih lagi di kawasan menyeramkan.

“Walaupun kerjaya ini tidak glamor tetapi mulia di sisi agama dan masyarakat. Saya hanya mahu membantu orang dan mahu jenazah diuruskan dengan baik.

“Tugas ini bukan sekadar untuk sumber pendapatan, sebaliknya lebih sebagai tuntutan agama, selain melaksanakan tanggungjawab kepada Tuhan,
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...