SAN FRANCISCO 28 Ogos -
Syarikat teknologi, Apple
Inc., semalam menyenaraikan lapan produk Samsung Electronics Co. di
mahkamah termasuk model-model telefon pintar Galaxy dalam permohonannya
supaya produk-produk itu ditarik balik dari pasaran dan diharamkan
jualannya di Amerika Syarikat...
Hakim Mahkamah Daerah AS, Lucy Koh meminta senarai tersebut
dikemukakan selepas juri pada minggu lalu mendapati syarikat teknologi
Korea Selatan itu bersalah melanggar hak cipta dan perlu membayar
pampasan berjumlah AS$1.05 bilion (RM3.25 bilion) kepada Apple Inc.
Samsung merancang untuk merayu terhadap keputusan tersebut.
Antara produk Samsung yang disenaraikan oleh Apple itu ialah Galaxy S
4G, Galaxy S2 AT&T, Galaxy S2, Galaxy S2 T-Mobile, Galaxy S2 Epic
4G, Galaxy S Showcase, Droid Charge dan Galaxy Prevail.
Koh pada 26 Jun lalu mengharamkan penjualan Galaxy Tab 10.1 di pasaran AS selepas mendapati ia melanggar 'reka bentuk paten'.
Samsung kini memohon kepada hakim untuk mengetepikan keputusan juri
yang tidak disokong oleh bukti kerana komputer tablet itu tidak
melanggar reka bentuk paten, tetapi ia melanggar tiga perisian paten
meliputi kemampuan skrin.
Hakim tersebut menetapkan 20 September ini untuk perbicaraan kes
Apple memohon jualan produk-produk Samsung tersebut diharamkan di AS. -
AGENSI
No comments:
Post a Comment