Top Blogs

Wednesday, August 15, 2012

Home » , » Kerajaan Persekutuan ambil alih pentadbiran sekolah agama Johor

Kerajaan Persekutuan ambil alih pentadbiran sekolah agama Johor


 JOHOR BAHRU
Pendaftaran 28 buah sekolah agama negeri Johor sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) tidak sesekali mengurangkan bidang kuasa kerajaan negeri dan Sultan Johor terhadap pengurusan sekolah berkenaan.....
.Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Su1tan Iskandar bertitah, kuasa mutlak baginda terhadap hal ehwal agama Islam Johor juga tidak terjejas atau berkurangan berikutan pendaftaran sekolah tersebut sebagai SABK.
"Kuasa mutlak raja tidak akan terkurang atau terjejas dengan pendaftaran itu.
"Sebarang keputusan mengenai sekolah terbabit hendaklah selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Negeri Johor dan disembah kepada saya terlebih dahulu," titah baginda semalam.
Baginda bertitah demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman pendaftaran sekolah agama negeri Johor sebagai SABK di sini.
Turut hadir ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

SEKOLAH agama Johor kini mendapat nafas baharu selepas ia kini di bawah pentadbiran Sekolah

Agama Bantuan Kerajaan.


Pada majlis itu, sebanyak 20 buah sekolah menengah agama rakyat dan lapan buah sekolah rendah agama bersepadu di negeri itu didaftarkan sebagai SABK.
Sultan Johor selaku ketua agama Islam negeri bertitah, sekiranya terdapat sebarang pelanggaran perjanjian yang ditandatangani semalam, baginda tidak teragak-agak untuk membatalkannya.
Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapannya mengesahkan perjanjian tersebut tidak menjejaskan kuasa Sultan Johor, Majlis Agama Islam negeri, Jabatan Agama Islam negeri dan pihak berkepentingan yang lain.
"Ini telah ditetapkan dalam Perkara 17 memorandum persefahaman yang jelas menyatakan bahawa kuasa-kuasa pihak berkepentingan adalah kekal, malah masih mempunyai tanggungjawab terhadap sekolah-sekolah berkenaan," kata beliau.
Katanya, dengan kemasukan sekolah agama negeri Johor sebagai SABK, seramai 684 guru dan 116 petugas sokongan diberi peluang menjawat jawatan tetap dan berpencen di bawah Kementerian Pelajaran. 
Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...