Top Blogs

Wednesday, August 29, 2012

Home » , » Jumpa mayat tertiarap terikat dalam longkang

Jumpa mayat tertiarap terikat dalam longkang

 
SHAH ALAM:
 Seorang penunggang motosikal terkejut sejurus menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap dengan kakinya diikat dalam longkang di Kilometer 14, Lebuhraya Shahpadu arah Klang menuju Pelabuhan Utara, petang
 mayat lelaki terbabit hanya memakai seluar dalam dan tiada dokumen pengenalan diri pada pakaian mangsa...

Mangsa dianggarkan berusia 40-an dan berkulit cerah serta dipercayai warga asing berdasarkan tiada kesan suntikan BCG pada bahu kiri.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Deputi Superintendan Yong Soo Koon ketika dihubungi berkata, mayat terbabit ditemui timbul pada permukaan longkang sedalam satu meter di tepi lebuh raya.

Katanya, hasil pemeriksaan awal, polis mendapati mayat terbabit dipercayai dibunuh berdasarkan kesan lebam yang terdapat pada dada selain kakinya diikat ke belakang pinggang menggunakan tali plastik jenis nilon.

Beliau berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan mayat lelaki terbabit sudah empat hari dicampak dalam longkang itu berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat.
“Pihak forensik gagal mengenal pasti kewarganegaraan mangsa kerana tidak menemui dokumen pengenalan ditemui padanya.

“Kami akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengetahui tempat mangsa dibunuh dan meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya menghubungi polis,”
Sumber : metro

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...