Top Blogs

Thursday, August 30, 2012

Home » » Wanita tipu 'suami-suami'

Wanita tipu 'suami-suami'

 
KERALA 27 Ogos -
 Seorang pengantin wanita di Kerala, India menjadi pelarian selepas diburu polis kerana menipu dan merompak suami-suaminya....
Suspek yang dikenal pasti sebagai Shahanaz, dipercayai telah berkahwin sebanyak lebih 50 kali, tetapi hanya 15 orang mangsanya tampil membuat laporan polis.
Shahanaz dikatakan berkahwin kali pertama ketika berusia 22 tahun dengan seorang lelaki bernama Siddique dan dikurniakan seorang anak.
Laporan pertama ke atas wanita itu dibuat oleh Manikandan, seorang jurujual kereta yang mengaku mula rapat dengannya selepas beberapa kali berbual melalui telefon.
Menurut akhbar India Express, Shahanaz memberitahu dia adalah anak yatim dan sedang belajar untuk menjadi peguam bela di Mahkamah Tinggi Madras.
Dia turut mendakwa sedang belajar untuk menduduki peperiksaan perkhidmatan awam.
Kedua-dua pasangan itu kemudian berkahwin pada April lalu tanpa restu kedua ibu bapa Manikandan, namun selepas dua bulan, Shahanaz meminta izin untuk tinggal di asrama bagi memudahkan dia membuat persediaan menghadapi peperiksaan.
Manikandan mendakwa, dia turut menjual barangan kemas yang dibelinya sempena majlis perkahwinan mereka untuk diberikan sebagai wang saku kepada isterinya.
Bagaimanapun, dua minggu kemudian dia mendapati isterinya tiada di asrama dan tidak dapat dikesan.
Seorang lagi mangsa, Prasanna mendakwa, dia juga pernah berkahwin dengan wanita sama beberapa tahun lalu, namun Shahanaz tidak dapat dikesan dan hilang bersama barangan berharga, juga selepas tinggal di asrama. - AGENSI

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...