Top Blogs

Tuesday, August 28, 2012

Home » » Menteri Libya letak jawatan

Menteri Libya letak jawatan

 
TRIPOLI -
 Menteri Dalam Negeri Libya, Fawzi Abdel-Al meletak jawatan selepas Ahli Parlimen menuduhnya gagal menghentikan serangan merobohkan sebuah makam tokoh Islam dan masjid besar Sha'ab..
.Menurut laporan agensi berita Libya, Al telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Abdurrahim El-Keib sebaik saja serangan berlaku, kelmarin.

Jurucakap pasukan keselamatan Libya, Abdel Moneim Al-Hurr berkata, seramai 17 suspek ditahan bagi membantu siasatan.

"Penyerang memusnahkan masjid di tengah Tripoli yang menempatkan makam tokoh Islam sehari selepas makam tokoh di bandar Zlitan dan sebuah perpustakaan masjid dibakar," kata Hurr.

Kemusnahan di masjid Sha'ab itu dilakukan pada siang hari dan dikecam rakyat, pegawai kerajaan dan masyarakat luar negara.
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...