Top Blogs

Tuesday, August 21, 2012

Home » , » dim sum tanggung hutang ,kad pengenalan disalahgunakan pihak lain.

dim sum tanggung hutang ,kad pengenalan disalahgunakan pihak lain.

 
KUALA LUMPUR –
 Seorang pembuat dim sum terpaksa menanggung hutang kira-kira RM1,800 bil Telekom Malaysia Bhd. (TM) selepas butiran kad pengenalannya disalahgunakan pihak lain....
Koay Choon Kia, 30, berkata, hutang tersebut meliputi bil telefon berjumlah RM570.35 dan talian Streamyx berjumlah RM1,120.15.
Belaiu mengesyaki kad pengenalannya telah digunakan untuk mendaftar perkhidmatan TM memandangkan dia kehilangan kad pengenalan tersebut dalam satu kejadian rompakan di Taman Sri Sinar, Kuala Lumpur pada Mac 2009.
“Saya terkejut apabila menerima panggilan daripada TM pada Julai lalu mengatakan belum menjelaskan hutang talian Streamyx dan bil telefon sejak 10 bulan lalu,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia ( PGRM ) di sini baru-baru ini.
Jelasnya, selepas membuat pengesahan dengan pihak TM, dia mendapati suspek hanya menggunakan nombor kad pengenalannya untuk membuat pendaftaran manakala alamat yang digunakan berbeza dengan alamat kediamannya.
Sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...