Top Blogs

Thursday, August 30, 2012

Home » » Taufan Bolaven landa Okinawa

Taufan Bolaven landa Okinawa

TOKYO 27 Ogos - 
Lebih 75,000 kediaman terputus bekalan elektrik selepas taufan ganas Bolaven melanda pulau selatan Okinawa hari ini, menyebabkan empat penduduk cedera, sebelum ia bergerak ke arah laut.
Jabatan Meteorologi Jepun memberi amaran taufan tersebut antara yang terkuat melanda negara ini dalam tempoh beberapa tahun ini, namun ia tidak sekuat yang diramalkan....

Pihak berkuasa bencana melaporkan tiada kerosakan besar berlaku setakat awal pagi ini, selain daripada masalah terputus bekalan elektrik di Pulau Amami.
Kebanyakan sekolah dan bangunan kerajaan ditutup ekoran terputusnya bekalan elektrik, manakala sistem pengangkutan awam termasuk bas, kapal dan pengangkutan udara juga masih tergendala.
Pusat ribut tersebut melepasi Okinawa lewat malam tadi sebelum menuju ke arah barat laut dan Laut China Selatan, hari ini.
Taufan Bolaven diramal bergerak ke utara dari Pulau Okinawa dan dijangka mendarat di Korea Selatan malam ini.
Sementara itu di Myanmar, hujan monsun memaksa 36,000 penduduk mendapatkan perlindungan di 308 khemah penempatan sementara yang didirikan di seluruh negara.
Menurut Kementerian Penempatan Semula, Bantuan dan Kebajikan, bantuan makanan dan ubat-ubatan diberi kepada mangsa dan sesetengahnya sudah pulang ke kediaman masing-masing selepas paras air menunjukkan penurunan.
Di Amerika Syarikat pula, negeri-negeri di Pantai Teluk, semalam mengeluarkan perintah darurat ekoran Ribut Tropika Isaac menghala ke Louisiana.
Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) yang berpangkalan di Miami berkata, Isaac melanda kawasan perairan Florida bersama angin kencang berkelajuan sehingga 105 kilometer sejam dan diramalkan membentuk taufan dalam tempoh 24 jam. - AGENS

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...