Top Blogs

Tuesday, August 28, 2012

Home » » 17 rakyat Afghanistan disembelih

17 rakyat Afghanistan disembelih

 
KABUL -
 Sebanyak 17 orang awam, termasuk dua wanita disembelih penyerang Taliban di sebuah perkampungan selatan Afghanistan, semua mangsa ditemui dalam keadaan leher mereka berdarah ...
dan kita belum mengetahui punca sebenar  dilakukan suspek di daerah Kajaki itu," kata jurucakap polis wilayah Helmand, Daud Ahmadi.

Kumpulan pemberontak Taliban yang aktif di rantau bergolak menjadi suspek utama pembunuhan kejam yang sebelum ini pernah berlaku ke atas penduduk di sebuah perkampungan yang didakwa menjadi pengintip kepada tentera kerajaan dan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) pimpinan Amerika Syarikat.

Pemimpin pemberontak berhampiran daerah Musa Qala, Musa Khan berkata sejak kebelakangan ini, rantau bergolak itu dihujani pembunuhan kejam.

"Tiga ahli kumpulan kami turut disembelih dalam bulan Ramadan lalu," katanya.

Menurut Khan pembunuhan berlaku kerana memprotes kerjasama operasi di antara tentera kerajaan dengan tentera Nato di kawasan berkenaan.
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...