Top Blogs

Wednesday, July 25, 2012

Home » , » Warga emas terlantar 13 tahun

Warga emas terlantar 13 tahun

ne_10.1

Seorang warga emas di Kampung Lubok Bonggor di sini hanya mampu terlantar di rumahnya sejak 13 tahun lalu kerana penyakit parkinson yang dideritainya. …..

Keadaan yang menimpa Che Hussin Kila, 80, membuatkan isterinya, Zaharah Ishak, 60, dihimpit kesusahan bila perlu sentiasa berada di sisi suaminya yang tidak mampu bergerak sendiri.

sebelum ini suaminya bekerja menoreh getah selain melakukan kerja-kerja kampung sebelum terpaksa meninggalkan semua pekerjaan itu bila menghidap parkinson pada tahun 1999.

"Setelah diserang penyakit ini, dia tidak dapat membuat sebarang kerja dan tidak dapat bergerak ke mana-mana, hanya berada di rumah setiap hari.

"Jadi, sejak 13 tahun lalu saya hanya menjaga dia dan tidak dapat membuat sebarang kerja disebabkan dia tidak boleh berseorangan kerana tidak mampu bergerak Kata Zaharah, mereka mempunyai lapan orang anak namun masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri dan pendapatan mereka juga tidak seberapa untuk membantunya.

Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...