Top Blogs

Wednesday, July 25, 2012

Home » , » Suami buntu isteri hilang jam 2 pagi

Suami buntu isteri hilang jam 2 pagi

image (6)

Di saat umat Islam sedang sibuk menyediakan juadah untuk bersahur awal pagi Sabtu lalu, seorang warga emas di Kampung Selamat hilang arah bila isterinya menghilangkan diri jam 2 pagi …..

Maimunah Jaafar, 52, yang mempunyai masalah kesihatan mental hilang tanpa disedari dan hingga kini masih belum ditemui.

image (7)
“Ini merupakan kali pertama dia menghilangkan diri dari rumah dan sudah puas saya mencarinya di merata tempat, namun gagal menjejakinya.
“Sebelum ini dia pernah mengadu ada bisikan yang menyuruh dia lari dari rumah dan pernah beberapa kali dia menyatakan hasratnya itu pada saya, namun saya suruh di bersabar serta tidak endahkan bisikan tersebut.
Katanya, tidak disangka pada hari tersebut, isterinya benar-benar melarikan diri.
"Selama ini sebaik mungkin saya cuba mengambil hati dan tidak mahu mengguris perasaan dia kerana bimbang dia mengapa-apakan dirinya sendiri,” katanya.
Ismail berkata, sudah lima tahun isterinya itu mengidap masalah mental dan setiap hari perlu makan ubat bagi mengawal emosinya.
“Orang lain gembira berpuasa, tetapi tiada maknanya bagi saya apabila isteri tiada di sini. Setiap hari saya bimbang akan keselamatan dia kerana bimbang juga ada orang cuba menganiaya dia.
“Dengan mata kasar orang lain tidak tahu bahawa isteri saya ini mengalami masalah mental, tetapi saya bimbang apabila sudah lama tidak makan ubat, penyakitnya itu akan bertambah teruk,” katanya.
Sehubungan itu, dia berharap agar jika orang ramai menjumpai isterinya itu agar membawanya ke balai polis berhampiran.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...