Top Blogs

Thursday, July 19, 2012

Home » , » Suri rumah terkejut ular tedung selar di bawah singki

Suri rumah terkejut ular tedung selar di bawah singki

image (2)

Seorang suri rumah terkejut menemui seekor ular tedung selar bersembunyi di bawah singki dapur rumahnya di Kampung Datuk Johan, Serting Tengah, dari Habibur Rahman Daud, 60….

Sejurus menerima panggilan berkenaan, saya bersama empat anggota JPAM bergegas ke tempat kejadian di Lot 206, Lorong Bunga Raya Kampung Datuk Johan yang mengambil masa setengah jam kerana tempatnya agak jauh dari  Kuala Pilah.
“Setibanya di sana, kami dimaklumkan terdapat seekor ular tedung selar betina bersembunyi di bawah singki mereka. Pada masa itu, isteri Habibur yang ternampak ular berkenaan manakala Habibur tiada di rumah,” katanya.
Menurutnya, ketika pemeriksaan mereka menemui seekor ular berwarna coklat cair sedang melingkar di bawah singki.
"Saya bersama beberapa anggota lain mengambil masa 15 minit untuk menangkap reptilia ini menggunakan alatan penjerut ular berikutan ia agak agresif dan berbahaya. "Lebih-lebih lagi ular itu bersaiz 3.6 meter panjang dengan berat hampir enam kilogram.
Kami bersyukur operasi ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini dan ular berkenaan akhirnya ditangkap," katanya.
Mohd Faizal berkata, ini kali pertama untuk tahun ini, pihak JPAM berjaya menangkap ular tedung selar terpanjang. "Ular itu akan diserahkan kepada pihak Taman Ular di Ulu Bendul dalam masa terdekat,

Sumber : Sinar

1 comment:

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...