Top Blogs

Saturday, July 21, 2012

Home » , » Gempar jumpa mayat berbuih

Gempar jumpa mayat berbuih

download

Seorang penduduk terkejut besar apabila menemui mayat wanita dalam keadaan terlentang dengan mulutnya berbuih di tepi jalan kawasan sawah padi berhampiran Permatang Binjai, Ketika ditemui jam 8 pagi, mayat wanita berkenaan lengkap dengan pakaian seluar sukan biru dan baju-T hitam, tetapi……

tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Mangsa dianggarkan berusia 30-an dan berkulit cerah dipercayai bukan penduduk kampung berkenaan kerana tiada yang mengenalinya.

Jalan berkenaan hanya dilalui penduduk untuk ke sawah selain jalan pintas ke Permatang Kuala, Penaga, tetapi difahamkan ada beberapa lelaki sering melepak di jalan berkenaan pada waktu malam kerana agak terlindung dari jalan utama.

Tiada sebarang senjata ditemui selain tiada kesan pergelutan dipercayai akibat hujan malam semalam.

Polis yang dimaklumkan berhubung penemuan itu bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mayat seorang wanita dalam keadaan terlentang kira-kira satu kilometer dari jalan utama.

Jurucakap polis berkata, identiti mangsa belum dikenal pasti sama ada wanita tempatan atau asing kerana tiada pengenalan diri ditemui padanya.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan atau luka dikesan pada anggota badan mangsa kecuali mulutnya berbuih,” katanya. Menurutnya, mayat berkenaan dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat bagi mengenal pasti puncak kematian sebenar.

Sumber : metro

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...