Top Blogs

Friday, July 20, 2012

Home » , » Ayah melambung depan mata dirempuh kereta dari belakang

Ayah melambung depan mata dirempuh kereta dari belakang

image (8)

“Saya tengok dengan mata saya sendiri, badan ayah melambung kira-kira 100 meter ke seberang jalan selepas dirempuh sebuah kereta dari belakang,” kata anak sulung mangsa kemalangan maut, Ahmad Aiman Pazrulrazi, 13…

Menurut Aiman, bapanya Pasrurazi Muhammad, 50, sering mengambil serta menghantarnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beta dan mengambilnya selepas tamat sesi persekolahan.
Kejadian di Kampung Pondok Dewan Beta Hilir berlaku kira-kira jam 3.45 petang itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala selain topi keledarnya pecah akibat hentakan yang kuat.

“Sesampainya saya di hadapan pintu pagar sekolah, saya nampak ayah sedang duduk di atas motosikal sambil menunggu saya, belum pun sempat saya menyapa ayah, tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu laju melanggar ayah dari belakang.
“Hanya tuhan yang tahu perasaan saya ketika itu apabila bapa sendiri dilanggar di depan mata dan kereta terbabit dipercayai dipandu oleh seorang lelaki,” katanya kepada pemberita ketika ditemui.
Isteri Allahyarham Pasrurazi, Faridah Yaacob, 48, sebelum kejadian dia sempat bergurau dengan tiga lagi anaknya, yang masing-masing berumur 6, 7 dan 9 tahun di ruang tamu.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...