Top Blogs

Thursday, July 19, 2012

Home » , » Ahli SRS cedera ditikam masa kejar pencuri motosikal rakan

Ahli SRS cedera ditikam masa kejar pencuri motosikal rakan

image (5)-

Seorang ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) mengalami kecederaan di bahagian perut selain di pergelangan tangan selepas ditikam dan digigit seorang lelaki ketika cuba….

mendapatkan motosikal milik rakannya yang  dicuri suspek di Kampung Gual Jedok, Tanah Merah,Mangsa, Mohd Shazwan Mohd Nor, 23, berusaha mendapatkan dua suspek yang menaiki motosikal secara berasingan dengan memecut kereta yang dipandunya bersama rakannya, Hassan
Safin, 22, sejauh 10 kilometer sehingga sampai berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Jedok, bagi menangkap mereka.
Mohd Shazwan bertindak nekad melawan mangsa dan ketika dia cuba menumbuk salah seorang suspek, lelaki terbabit bertindak menggigit dan menikam mangsa sehingga dia mengalami kecederaan di perut.
Ibu mangsa, Norizan Che Abdullah, 45, berkata, ketika kejadian dia berada di rumah dan dikejutkan dengan kejadian anaknya, ditikam dari salah seorang kenalannya.

Sumber ; Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...