Baki hutang drama sebuah syarikat produksi terhadap pelakon 
Ezany Nizariff yang tertangguh  sehingga melibatkan kes polis akhirnya 
selesai
 apabila pelakon itu menerima kembali RM3,500 selepas dibantu 
Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).
Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zaini Mohd Nizariff,  40,  berkata, dia menerima cek daripada produser  Titian Dua iaitu Andy dari syarikat NR Network pada 29 Jun lalu dan sudah menunaikan cek berkenaan pada 7 Julai lepas.
“Alhamdulillah... akhirnya masalah saya dengan syarikat produksi itu 
selesai. Hutangnya kepada saya sudah dijelaskan selepas pihak Karyawan 
membantu saya menuntut kembali hak saya,.
Pada 17 Jun lalu Ezany bersama enam orang kru produksi drama Titian Dua
  telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dekat bagi 
menuntut sebahagian gaji dari syarikat produksi NR Network yang tidak 
dibayar kepada mereka.
Dia bersama kru tersebut nekad membuat laporan polis selepas 
penerbitnya yang dikenali sebagai Andy enggan mengadakan perbincangan 
bagi menyelesaikan baki hutang kepada Ezany sebanyak RM3,500 manakala 
kru-kru produksi lain dianggarkan tidak mendapat upah di antara RM20,000
 hingga RM30,000 secara keseluruhan.
Bagaimanapun tunggakan terhadap kru dijelaskan oleh pihak produksi beberapa hari selepas laporan polis itu dibuat.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Presiden Karyawan, Dtuk 
Freddie Fernandez dan Ahli Jawatankuasa persatuan tersebut, Deen Maidin.
Ezany berkata dia mendapat wang berkenaan selepas Freddie mengadakan 
dua kali pertemuan dengan Andy selain kedua-dua pihak berjaya mencapai 
kesepakatan bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.
Dalam masa yang sama kata Ezany, turut berterima kasih kepada 
persatuan itu kerana telah membawanya bertemu dengan pihak pengurusan 
RTM bagi menyelesaikan isu kononnya dia digam oleh stesen televisyen 
berkenaan.
“Saya amat gembira kerana  dua kes saya berjaya selesai dengan baik. 
Saya mendapat semual wang saya dan masalah saya dengan RTM juga 
ditangani dengan berkesan sekali. Selepas pertemuan dengan pihak RTM 
itu, saya terus mendapat tawaran berlakon dua buah drama stesen TV itu. 
Saya berterima kasih kepada RTM dan Karyawan,” katanya.
Dalam pada itu Ezany berkata dia kesal apabila kesnya itu dipandang 
ringan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang kononnya menjaga 
kebajikan artis kerana gagal menyelesaikan hal berkenaan dengan baik.
Ujar Ezany, dia telah membuat laporan pada bulan April lalu berhubung
 dua isu berkenaan tetapi persatuan tersebut tidak mempunyai usaha 
membantunya.
“Saya sedih apabila Seniman tidak melaksanakan tugas mereka selain 
memberi pelbagai alasan sehinggalah Karyawan yang berusaha membantu 
menyelesaikan masalah ini dalam masa yang singkat selepas laporan dibuat
 kepada mereka,” katanya.
Sementara itu Freddie berkata, faktor sesebuah aduan itu tidak dapat 
diselesaikan kerana berkemungkinan sesebuah persatuan itu tiada 
pengalaman untuk menangani sesebuah kes.
Dalam isu Ezany itu kata Freddie, pihaknya mengadakan pertemuan 
dengan pihak RTM dan syarikat produski berkenaan untuk mencari jalan 
penyelesaian sehinggalah semua pihak mahu menyelesaikan masalah yang 
timbul.


No comments:
Post a Comment