Penyampai radio Hot FM Fara Fauzana mendedahkan dia telah 
menginsuranskan suaranya sebagai langkah berjaga-jaga jika ia gagal 
berfungsi atas penyakit-penyakit tertentu.
Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, 
walaupun ia kedengaran pelik, tetapi dia menyifatkan suaranya begitu 
penting dan sebagai penyumbang untama  memberikan rezeki kehidupan buat 
diri sendiri dan keluarga.
"Saya mengambil insurans kesihatan yang turut disertakan dengan 
perlindungan suara sekali. Malu nak bercakap tentang hal ini, maklumlah 
saya bukannya penyanyi. Datuk Siti Nurhaliza pun tak insuranskan suara 
dia agaknya.
"Tetapi bagi saya ia penting kerana kerja harian saya menggunakan 
suara bukan sahaja di konti radio tetapi juga di luar di mana saya 
mengacarakan pelbagai acara majlis.
"Hati saya mula terdetik untuk menginsuranskan suara selepas pernah 
pada satu kejadian, saya tidak sakit, tetapi suara hilang dan ia buatkan
 saya risau," katanya.
Fara ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Yakult (Malaysia) Sdn.
 Bhd bagi meraikan 15 orang warga emas dari Rumah Jagaan dan Rawatan 
Orang Tua Al-Ikhlas di Restoran Kokopelli Travellers Bistro, di sini, 
pada Ahad.
Tambah Fara, dia juga pernah terfikir apakah yang akan terjadi 
sekiranya satu hari nanti dia tidak mempunyai suara lagi. Namun, selain 
membuat perlindungan insurans suara, dia juga sudah merancang akan 
memberi fokus kepada kerjaya di belakang tabir penyiaran radio pula.

No comments:
Post a Comment