TUMPAT –
Gerak hati seorang ibu yakin anak perempuannya, Nur
Zazila Ibrahim, 10, yang hilang sejak seminggu lalu dilarikan seorang
‘tomboy’
yang menumpang tinggal di rumahnya di Kampung Jejulok, di sini.
Rokiah Awang, 41, berkata kehilangan anaknya disedari pada jam 11
malam pada 27 Mei lalu apabila Nur Zazila tidak pulang selepas keluar
membeli gam (alat tulis) di kedai runcit berhampiran.
“Saya syak dia dilarikan oleh ‘tomboy’ tersebut dikenali Along kerana
pada malam itu saya nampak kelibat Along membawa keluar motosikal milik
anak saya.
“Mereka hilang serentak dari rumah ini dan sehingga ke hari ini tiada khabar berita dari mereka,” katanya.
Along yang berasal dari Pengkalan Kubor di sini merupakan kenalan
kakak mangsa, Nurul Huda, 18 dan menumpang tinggal di rumah keluarga ini
sejak dua minggu lalu.
Sepanjang dua minggu tersebut, Along begitu mesra dengan Nur Zazila.
Sementara itu, Nurul Huda berkata, dia ada menghubungi telefon bimbit
Along untuk bertanyakan di mana adiknya berada tetapi tidak
diangkatnya.
“Saya juga ada mencari adik saya di rumah Kak Nor merupakan pengasuh anak along di Kampung Tujoh.
“Kak Nor tidak tahu apa-apa pasal adik saya, dia juga tidak mengetahui di mana Along berada,” katanya.
Sehubungan dengan itu Nurul Huda memberitahu, laporan polis telah
dibuat di Balai Polis Simpangan pada Selasa lepas mengenai kehilangan
adik bongsu daripada lima beradik itu.
Nurul Huda merayu sesiapa yang ternampak adiknya bersama motosikal
jenis EX5 berwarna merah nombor pendaftaran DBV 5347 miliknya diminta
menghubungi 0139157986.
“Kami sekeluarga bimbang keselamatan Nur Zalila dan merayu Along pulangkan kembali adik saya itu,” katanya.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superitendan Zaharudin Rasip ketika
dihubungi mengesahkan menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit.
No comments:
Post a Comment