kini mempunyai kuku jari kaki yang panjang sehingga 10 sentimeter, menyebabkan pergerakannya terhad dan menjejaskan kesihatannya.
Wanita
yang dikenali sebagai Ayanna, 54, adalah karektor aneh terbaru yang
muncul dalam rancangan TLC, ‘My Strange Addiction’ (Ketagihan Ganjil
Saya).
Menerusi rancangan itu, Ayanna berkata, dia enggan memotong kuku itu dan menyifatkannya sebagai bayinya.
“Ia
seksi dan nakal. Saya dianggap Dewi kuku panjang,” kata Ayanna dalam
rancangan gaya hidup itu, sekali gus mengejutkan anak pembaptisannya,
Kuwait dan rakan, Vincent.
Dia baru-baru ini disahkan menghidap penyakit kencing manis yang memerlukan dia melakukan senaman untuk mengatasinya.
Namun,
peminat kuku terlampau itu tidak mempedulikannya. Keluarganya berkata,
dia akan mempertahankan kukunya dengan apa cara sekalipun.
Ayanna
yang terpaksa berjalan perlahan dengan mengunnakan tumit seperti
penguin serta memanjat tangga dengan mengiring, jarang tidur melentang
kerana selimut dirasakan seperti batu bata yang menghempap kuku
kakinya.
Lebih buruk lagi, dia tidak boleh memakai stokin atau kasut lain kecuali selipar.
Ayanna tidak memotong kuku tangannya sejak berusia 24 tahun. Tetapi tahun lalu, ketagihannya itu merebak pada kaki.
Kuku
jari kakinya yang terpanjang berukuran 10 sentimeter sementara yang
terpendek, lima sentimeter. Kecewa dengan ketidaupayaan rakannya untuk
bermain dengan cucunya serta
kedegilannya
untuk mengawal penyakit kencing manisnya, Vincent membawa Ayanna ke
kelas tarian dalam usaha untuk menunjukkan tahap dia telah melumpuhkan
dirinya.
Tetapi nenek itu menarik diri selepas sesi pertama kerana bimbang Vincent akan terpijak kukunya.
Tanpa putus asa, Vincent berusaha sekali lagi untuk meyakinkan Ayanna supaya mengubah gaya
hidupnya.
Dia memujuk wanita itu memotong kukunya itu. Bagaimanapaun, Ayanna
menjawab: “Ia adalah 50 peratus daripada saya. Saya sudah pasti tidak
akan memotongnya.
No comments:
Post a Comment