Top Blogs

Saturday, August 11, 2012

Home » » Terpelanting akibat letupan gas

Terpelanting akibat letupan gas

image (7)

PAUH –

Ketika sedang sibuk menyiapkan juadah berbuka, seorang wanita terpelanting kira-kira dua meter dari dapurnya gara-gara tong gas yang digunakan secara tiba-tiba meletup ……..

Anita Nordin, 31, berkata, gegendang telinga di sebelah kanannya mengalami kecederaan dan pendengarannya kini sudah tidak jelas akibat letupan itu.

Menurutnya, letupan turut dirasai ibu mertuanya yang merasakan gegaran sehingga pintu rumah rosak.

Dia yang sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) berkata, berkemungkinan besar letupan terbabit berlaku kerana getah yang menyalurkan gas telah lama dan tidak ditukar.

“Semasa kejadian saya berada di dapur untuk memasak air, suami dan anak saya berada di ruang tamu. Sebelum kejadian dapur mahu pun tong gas terbabit tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sama ada mengeluarkan bau gas atau sebagainya.

“Secara tiba-tiba ia meletup menyebabkan saya terpelanting dan rumah kami musnah seolah-olah baru sahaja dilanda gempa bumi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam di HTF.

Jelasnya, akibat daripada letupan terbabit rambutnya turut disambar api dan kini sedang dirawat di HTF buat sementara waktu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Arau, Mohd Yusrizal Muhamad Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan telefon mengenai kejadian terbabit kira-kira jam 5.20 petang dan bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, setelah pihaknya sampai rumah mangsa telah hancur 40 hingga 50 peratus kerana letupan terbabit. Turut menerima tempias ibu mertua mangsa yang berada berdekatan rumah mangsa.

Difahamkan, punca sebenar letupan terbabit adalah daripada tong gas yang berkemungkinan tersumbat.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...