Ramai di kalangan artis seusianya sudah mengacapi alam rumah tangga,
namun berbeza buat penyanyi kelahiran Kuching Sarawak ini
. Sehingga ke
hari ini, pemilik nama Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 32, ini masih belum
memikirkan soal jodoh.
Malah sepanjang penglibatannya dalam bidang seni, jarang dia digosipkan
dengan mana-mana jejaka melainkan penyanyi popular, Anuar Zain. Akui
masih belum punya kekasih hati, penyanyi Dayang Sayang Kamu ini,
mengakui lebih selesa hidup membujang.
“Terus-terang sehingga kini, saya masih belum ada kekasih dan kerana
sibuk membina kerjaya. Pasti ramai yang tidak percaya, tetapi inilah
hakikatnya," katanya.
Akui Dayang, sikapnya yang pemalu dan pendiam membuatkannya sukar untuk mencari pasangan hidup.
“Saya tak tahu bagaimana nak memulakan perhubungan. Lagipun saya tak
pernah letak soal itu (jodoh) sebagai keutamaan dalam hidup. Lagipun
keluarga tak pernah desak saya untuk berkahwin," katanya.
Tidak meletakkan sebarang sasaran umur untuk menamatkan zaman solonya,
Dayang berkata, dia juga tidak kisah digelar andartu kerana gelaran itu
sudah tidak relevan di zaman yang semakin moden ini.
"Saya tak nak bujang sampai ke tua. Suatu hari nanti, saya nak kahwin juga. Cuma buat masa ini belum ada jodoh,
Sumber
No comments:
Post a Comment