Seorang
lelaki genius yang memiliki 11 ijazah universiti dan boleh bercakap
lima bahasa dengan lancar, bekerja sebagai pengawal lalu lintas di
sebuah sekolah
Dr Bruce Berry adalah antara orang paling pintar di Britain.
Dr Bruce Berry adalah antara orang paling pintar di Britain.
Tetapi,
selama lima hari seminggu, dia mengayuh basikal sejauh enam setengah
kilometer untuk membantu kanak-kanak sekolah menyeberang jalan. Bruce,
70, yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah dengan tesis 425 muka
mengenai penulis kelahiran Russia, Andrei Makine, berkata: “Saya gemar
berusaha mendapatkan ijazah. Tetapi saya ingin melakukan sesuatu untuk
masyarakat. Saya seronok dapat membantu memastikan kanak-kanak selamat
ketika pergi dan balik sekolah.” Selain PhD, Bruce mempunyai tiga Ijazah
Sarjana Muda, tujuh Ijazah Sarjana dan lancar bercakap bahasa
Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol dan Russia.
Berry
yang masih bujang dan berasal dari Sharlston, West Yorks, mula bekerja
sebagai kerani pejabat pos dan belajar ketika mempunyai waktu terluang
sebelum menjadi penterjemah.
Bruce
menerima gaji sebanyak RM1,000 sebulan untuk mengawal lalu lintas di
luar Sekolah Crofton, Wakefield, tempat bapanya pernah mengajar.
“Saya merasakan diri saya sebahagian daripada keluarga di sana
No comments:
Post a Comment