Pelakon Nabila Huda berharap tindakan  spontannya mencium pipi 
kekasihnya, aktor Nas-T dan memeluk beberapa rakan artis lelaki lain 
ketika dia diumumkan pemenang  Pelakon TV Wanita Popular
, Anugerah 
Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) pada malam Ahad lalu 
tidak akan mengundang sebarang kontroversi.
Nabila atau nama penuhnya, Nabila Huda Suhaimi, 29, berkata, keadaan 
itu berlaku kerana perasaannya yang terlalu gembira apabila meraih 
anugerah tersebut dan meminta maaf jika ada pihak yang  terasa dengan 
perbuatannya itu.
"Itu perbuatan spontan saya kerana gembira apabila diumumkan menang Pelakon TV Wanita Popular.
"Malah saya juga memeluk rakan-rakan artis lelaki lain seperti Fizz 
Fairuz dan Tomok kerana mereka sahabat lama yang tahu susah senang saya 
dalam industri seni ini.
"Tetapi sekiranya ada yang mahu mengata, saya tidak boleh nak berbuat
 apa-apa dan tidak kisah kerana saya tidak boleh tutup mulut orang. Ini 
adalah diri saya," katanya.

No comments:
Post a Comment