Peserta program realiti Mentor musim keenam, Zatul, menyerahkan 
kepada pihak polis untuk mengambil tindakan berhubung kes rogolnya oleh 
Juara Mentor 4 iaitu
 Mohd.
Zatul atau nama sebenarnya Noor Nazatul Farahin, 24, berkata, dia 
telah menceritakan semua perkara kepada pihak polis mengenai insiden 
berkenaan dan berharap pihak polis dapat selesaikan kes itu secepat 
mungkin.
"Sekarang ini saya serahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes ini. Saya sudah ceritakan segala-galanya kepada mereka.
"Biarlah dia (Mohd) mahu membuat kenyataan buruk tentang saya atau 
tidak. Saya enggan mengulas panjang tentang perkara ini," katanya yang 
dihubungi mStar Online di sini, petang Isnin.
Zatul yang merupakan protege kepada pelakon dan pengacara, Fauziah 
Ahmad Daud (Ogy) itu diminta mengulas mengenai kenyataan Mohd yang 
mendakwa dia difitnah oleh Zatul atas tuduhan rogol.
Mohd dalam kenyataan kepada media sebelum ini berkata, dia berhasrat 
mengambil tindakan mahkamah terhadap Zatul atas fitnah itu kerana 
kejadian berkenaan benar-benar menjatuhkan namanya.
Dalam pada itu tambah Zatul, nama baiknya juga tidak terjejas 
sekiranya Mohd yang merupakan protege kepada Ziana Zain mengambil 
pendekatan untuk terus memburukkan namanya kepada pihak media.
“Nama saya tidak terjejas walaupun Mohd mahu burukkan saya. Selebih itu saya enggan komen,” jelasnya.
Terdahulu Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 26, yang ditemui mStar Online
  selepas acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012)
 di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad lalu mendedahkan Zatul pernah 
mengajaknya berkahwin sebelum ini.
Malah kata Mohd, Zatul juga merupakan peminatnya sehinggalah mereka menjadi rakan artis selepas wanita itu menyertai Mentor 6.
"Sebelum ini Zatul merupakan peminat saya dan kemudian kami menjadi 
rakan artis. Entah kenapa tiba-tiba dia ajak saya kahwin dan dia dah 
bersedia dengan semua persiapan majlis perkahwinan. Siap nak bawa jumpa 
keluarga lagi.
"Alih-alih, pada 5 Februari, saya ditahan reman atas tuduhan 
merogolnya pula. Mujurlah saya hanya ditahan empat hari sahaja kerana 
tiada bukti yang kukuh daripada pihak polis," katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang juga juara program 
realiti televisyen telah di reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara 
Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan 
kerana kesalahan merogol.
Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol 
kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda 
tersebut di Ukay Perdaya, Ampang

No comments:
Post a Comment