SABAK BERNAM - Seorang tertangkap manakala dua lagi berjaya melepaskan
diri dalam kejadian curi hasil kebun
milik penduduk Kampung Tebuk Jawa,
di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, seorang lelaki berusia
lingkungan 40-an disyaki penagih dadah dari kampung berhampiran dicekup
penduduk ketika cuba membawa keluar beberapa tandan pisang dari sebuah
kebun.
Penyelaras Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tebuk Jawa, Mohamad Sungip Mohd
Omar berkata, bertindak atas maklumat, penduduk dan ahli KRT berkumpul
di lokasi dipercayai berlakunya kegiatan mencuri itu.
"Hasil soal siasat, lelaki berkenaan memberitahu dia memasuki tiga
kebun dalam kampung ini pada hari yang sama. Kali pertama dan kedua, dia
bawa beberapa tandan pisang keluar dan kali ketiga dia tertangkap.
"Bagaimanapun, kita syak dia tidak menjalankan kerja mencuri ini
seorang diri dan yakin ada dua lagi rakan subahatnya yang dapat
meloloskan diri,"
Sumber
No comments:
Post a Comment